Sunday, June 9, 2013

assalam semuanya. hai2. dah lame i tak update blog. okay now da dapat peluang to update my blog ni kan. ada nampak apa2 perubahan tak? of course lah. hehe. apa yang berubah eh? actly nothing pon. i just delete banyak post. yang tinggal berapa kerat jea. kenapa? hello baby. time to move on sudah sampai. lagipon bila baca semua post, erk. tak matang. now masa untuk jadi lebih matang. cinta? owh. single again. yang lepas dah tak de taw yang gambar bersama tu. takde jodoh. apakan daya. ok tak nak lah sedih2 lagi. orang dah tak suka kita kenang pon tak guna kan. now i just nak belajar jadi lebih matang. and one thing for sure, i serik sudah bab2 cinta. malas fikir. ok stop bab cinta. bosan. korang semuanya sihat? oh ya. terima kasih sape yang wish bfdy i on 1 june hari tu. thank you sangat2. ok im blur =) okay rasa nya setakat ni jela. tah pape. mcm syok sendiri je kan. tak pelah. sebenarnya macam happy pulak dapat update. and mulakan hidup baru. bukan senang nak move on lepas mcm2 jadi. wany zakry kuat orangnya. hehehe. ok lah. i nak pergi makan. take care baby =)

Monday, January 28, 2013

first day i sampai kampung, masuk pintu rumah tengok tokwan terbaring jea. i takk pernah tengok dia macam tu. yess dia selalu sakit before ni tapi takk sampai macam nie. kesian tokwan selalu tanggung sakit. tokwan was my idola. why? yea. dia membesarkan anak seramai 12 orang dengan sendiri without her husband selama 18 tahun. bunyi macam sekejap tapi hati tanggung takk senang. atuk takk meninggal pown. tapi kawen lain n selama tu moyang takk bagi balik. sebab tokwan bukan menantu pilihan. tapi masa moyang dah sakit tenat sangat, tokwan yang jaga kan. walaupon tokwan sendiri takk larat. sikit pon takk de rase benci and simpan perasaan pape pada moyang. masa arwah isteri kedua atok meninggal, semua suggest untuk atuk balik pada nenek. tinggal sekali. and masa tu i macam agak janggal. even i sendiri sampai sekarang still rasa janggal dengan atuk. tahun ni tahun ke4 atuk bersama. maybe. da takk ingat bila. even tokwan sakit pon, dia still akan usaha untuk bangun uruskan makan minum tok ayah. i sedih tengok semua pengorbanan tokwan. berkat usaha dia jaga anak sendiri, semua anak seramai 12 orang semua berjaya. aunty n uncle i semua anak yang baik2. sekarang tokwan sakit. i tak dapat tahan sebak tengok tokwan terbaring macam tu. biasa i balik, dia akan tunggu depan pintu dengan gurauan n senyuman dia yang happy tu. but this time, i masuk rumah tokwan tanpa tokwan di pintu n apa yang i dapat tengok is just tokwan terbaring. tokwan da kurus. muka da lain sangat. and paling menyentuh hati, tokwan menangis bila i balik uruskan dia, mandikan dia, pakaikan bedak, lotion, and semua sekali. masa suap tokwan makan, tokwan lap air mata. hati mana tak terasa? tokwan kali ni ada sebut pasal mati. tu yang buat i lagi sedih and berat hati. i kalau bole nak jaga tokwan. tapi ibu suruh kerja. apa yang i mampu, doakan kesembuhan tokwan. i tahu tokwan sakit sangat2. dia cuba bertahan. i tahu tu. i ikhlaskan semua nie. i sayang tokwan. i yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk tokwan. i takk dapat upload pic tokwan untuk kawan2 tengok sebab i takk nak semua tengok tokwan sakit n i belom sedia. i sayang tokwan. tokwan, sembuhla macam biasa. nanti kakak balik bole gurau2 lagi. tokwan kan suka kena kan kakak..ejek kakak macam2. kakak nak tokwan yang dulu. sihat lah tokwan. kakak rindu tokwan sangat2. tengok tokwan macam tu, hati kakak sedih.
#terima kasih sebab sudi baca post i. and sekaligus, korang pun turut mendoakan nenek i. thanks a lot. Allah je balas semuanya.. thanks!